Monday 9 June 2014

CARI KERJA KOSONG ATAU MULAKAN BISNES SENDIRI

assalammualaikum... saya hari ini, ingin memberikan sedikit kupasan berkaitan delima mencari kerja yang bersesuaian dengan kelayakan akademi, sebagai contoh, Pemegang Ijazah  Sarjana Muda, mereka sudah tentu inginkan Pendapatan sekitar RM3,000.00 sebulan atau pun lebih. pilihan yang ada mungkin dari sektor swasta dan awam.
 
     Dalam situasi hari ini, mencari kerja dan akhirnya layak bekerja, bukanlah perkara yang mudah. Kebanyakan syarikat swasta mahukan individu tersebut mestilah mempunyai pengalaman bekerjaya selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Adakah mereka Sang Pencari Kerja sudah melalui proses tersebut.. jangkaan saya... majoritinya TIDAK.. jika ada pun, kebanyakan not related dengan jawatan yang dipohon (jawatan Eksekutif) .
 
     Apakah alternatif permasalahan ini.. mungkin salah satu caranya memohon jawatan Pegawai di dalam sektor awam. Layakkah? Bersediakah? Petahkah di dalam dua bahasa utama iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris? Persaingan sangat sengit. Anda dah cuba anda tahu!.Lambakan siswazah dalam pelbagai bidang pengajian menzahirkan persaingan sengit dan persaingan tidak sihat "Belakang Tabir". Peluang ada... namun  "menipis".
 
    Mengejar impian bergaji RM3,000.00 dan sekitarnya.. bukanlah penyelesaiaan Kewangan yang wajar buat ketika ini. Cuba kira sendiri... gaji RM3,000.00 sebenarnya merupakan "jerat kewangan" jika salah gaya dan caranya.. nauzubillah min zalik.. REALITIKAH ini.. tanya orang-orang terdahulu. Mereka tahu kalkulasinya. Maaf, saya tidak berniat memperlekehkan impian keraya anda.. ambil sehelai kertas putih.. catit satu persatu Belanjawan Kewangan Bulanan bermula hari ini dan apabila berkahwin dan kemudiannya 5 tahun dari sekarang mempunyai cahaya mata dan sebuah rumah impian.. mulakan catitan anda.. Jom kita me'naaukul sebentar!  lihat Belanjawan Realiti dari sekarang sehingga 5 tahun akan datang.
 
    Pandangan peribadi saya, ambilah peluang menjadi Usahawan, salesman dan seumpamanya. Tukar attitude kita menjadi seorang yang sanggup mencipta peluang sendiri! Jadi Usahawan, jadi Salesman, tanam keyakinan sendiri jika orang lain tidak mahu bagi peluang kepada saya - saya akan cipta peluang dan kejayaan untuk diri sendiri... janji diri sendiri.. "Korang" akan menyesal tak ambil aku kerja... dan aku "tak hingin " lagi buat surat dan hantar resume kerja....
 
"selamat menukar ATTITUDE" 
 "cipta Income dari modal RM10.00 sampai jadi Juta"
 
                  anaHisham
facebook : anahisham
                 0192165450